Friday, May 14, 2010

Hukuman di kenakan pada satu pihak sahaja??

Assalamualaikum kepada sahabat semua.Ana nak cerita sikit sewaktu ana di dalam kelas yang di mana sewaktu itu ana sedang mengikuti pelajaran sivik yang di ajar oleh guru ana yang bernama Pn N yang berbangsa India.Agak seronok waktu beliau mengajar kerana beliau sering menjadikan kelas kami penuh dengan keadaan yang mengembirakan.Sewaktu itu ana dan rakan-rakan sedang mengikuti pelajaran yang bertajuk 'Pergaulan Bebas'.Banyak definisi yang diberikan oleh rakan-rakan ana mengenai pergaulan bebas.

Tetapi di sini bukan ana nak tujukan kepada tajuk pergaulan bebas tetapi ana tertarik untuk menulis pada hari ini yang dimana ada serangkap kata-kata yang keluar dari mulut pn.N yang mengatakan "apa lah Malaysia,hukuman orang minum arak hanya diberikan kepada orang Islam sahaja..habis tu kami kenapa tak diberikan sebatan juga..adakah kaum kami membenarkan juga minum arak??"...

Beliau mengeluh seketika.Mendengar ungkapan seperti itu ana terkejut seketika yang bahawasanya ada juga orang menyatakan seperti itu.Kita melihat dunia hari ini suara-suara seperti itu tidak diendahkan sama sekali oleh seorang yang bergelar 'pemimpin'.

Dari sisi yang lain, kita dapat saksikan betapa jeleknya pemimpin dan sesetengah ‘ulama’ serta beberapa pertubuhan di Malaysia yang terus bersikap apologetik (meletakkan Islam di kandang yang salah) dan terus berusaha memutar belitkan Islam, kerana khuatir dicop oleh Barat sebagai zalim.Firman Allah...
"Dialah yang telah mengutus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar, untuk dimenangkanNya atas seluruh agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya" [At-Taubah (9):33].

Oleh yang demikian, satu-satunya jalan yang boleh membawa keadilan dan kesejahteraan, sama ada kepada orang Islam mahupun kafir ialah dengan kembali berhukum kepada hukum Allah. Ingatlah! Bahawa sesungguhnya hukum Allah itu diturunkan untuk kebaikan dan keadilan manusia seluruhnya, bukan untuk orang-orang Islam sahaja.

Maaf atas penulisan yang agak pendek ini kerana ana baru nak belajar dalam memberi serba sedikit idea ana mengenai penulisan di blog ini.Apa-apa yang salah sila beri tunjuk ajar.



1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt
    Perlaksanaan hukum Islam mesti dilaksanakan atas asas wadah Islam itu sendiri dan bukan diterapkan ke dalam sistem kufr/ demokrasi. Lihatlah sistem kewangan perbankan Islam dan Mudhorobah yg byk dilaksanakan di bank2 tempatan?Sistem ini lebih teruk dari sistem konvensional. Selama 13 tahun, Rasululah saw mengajar hukum2 Islam semasa diMakiyyah dan perlaksanaan hukum hanya dapat dilakukan di Madinah setelah wujudnya Daulah. Dalam Islam, kita mesti wujudkan alternatif kebaikan supaya manusia tidak memilih keburukan, spt wujudkan sistem hak milik awam dimana setiap org dpt elaun saraan, w/pun tidak bekerja mcm di U.K, Australia dan stgh negara Eropah, mudahkan perkahwinan, rumah, sistem perairan percuma, pekerjaan, ladang2 utk diusahakan dsb barulah nampak datangnya keindahan Islam! Wallahualam

    ReplyDelete