Sunday, July 4, 2010

Duitku telah dicuri....

huhuhu...sedihnye...
Pagi tadi waktu di sekolah cuaca agak dingin dan tenang.
Setiap hari isnin cikgu yang pertama yang akan masuk adalah cikgu seni...
tapi kali ni seni di ajar di bilik seni bukan dalam kelas...
subjek seterusnya di ikuti dengan sains sampai waktu rehat...
sains ana belajar di makmal bio.. lepas jer bunyi loceng rehat, ana keluar makmal dan ana terus menuju ke kelas .Bukan ape waktu masuk je ke kelas,Ya Allah bersepah ...dengan sampah merata-rata,entah air dari mana datang.. basah kelas di bahagian tempat cikgu.. al maklumlah ana ni ketua kebersihan mestilah terkejut apabila kelas bersepah macam berlaku waktu pagi tadi.
Ana terus menuju ke tempat beg ana.Ana dapati zip beg ana terbuka.Ana kuatir kalau-kalau ada barang yang hilang dan ternyata memang ada.Duit kokurikulum yang cikgu suruh ana jaga dah hilang...dahla ana ni bendahari..nasib baik duit yang ana letak dalam beg tu tak banyak kalau banyak sedihnya nak kene ganti...ehhmmm Ya Allah. sabar je lah.Ada juga kawan ana mengadu pada ana dan mengatakan botol air dia hilang.Ana rasa air yang menyebabkan tempat cikgu basah mungkin air yang ada kaitan dengan botol air kawan ana yang hilang tu.Ada juga kawan ana seorang ni..dia kata beg dia di selongkar...ish ish ish.
Hari ini hari yang agak misteri bagi ana...huhu.

Kenapa perkara seperti ini boleh berlaku??

Yang ternyata kita berbalik kepada hukum yang di terapkan pada hari ini yang telah gagal melahirkan individu-individu yang berakhlak mulia.Hukum sekular diterapkan pada hari ini yang menjadikan manusia itu tidak takut akan larangan Allah.Bukan hanya mencuri,tetapi selagi hukum Islam tidak di terapkan,selagi itu lah perkara yang kita tak jangka boleh berlaku.

“Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya”. [TMQ at-Taubah (9) : 33].

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah (berzikir dan selalu ingat perintah dan larangan Allah.”(TQS al-Ahzab [33]:21)

“Pada hari ini, telah Kusempurnakan bagimu agama kamu dan telah Kucukupkan nikmatKu kepada kamu dan telah Kuredhai Islam itu menjadi agama untuk kamu.”(TQS al-Mai'dah [4]:3



Wahai sahabatku sedihnya hati bila apa yang dibawa oleh Rasulullah itu di buang jauh-jauh dan di gantikan kepada sistem yang hanya mengikut hawa nafsu semata-mata.Dengan tidak menghiraukan ...

...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir” [TMQ al-Ma’idah (5):44].

...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim” [TMQ al-Ma’idah (5):45].

...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik” [TMQ al-Ma’idah (5):47].

Tidak takutkah engkau wahai pemimpin umat Islam dengan ayat-ayat Allah??

No comments:

Post a Comment