Tuesday, July 27, 2010

Kejujuran Semakin Pudar

Sedihnya hati apabila yang bergelar rakan tidak jujur pada diri sendiri...

Kisahnya begini...
waktu ana duduk di dalam kelas sambil-sambil menuggu cikgu masuk,ana sempat menulis sesuatu cerita di dalam buku nota milik ana....

Bangun!!!selamat sejahtera cikgu.....ketua kelas ana mendahului salam dan kami seterusnya...
nak di mulakan cerita,ada seorang budak ni..dia bukan budak kelas ana..entah kenapa menyibuk nak masuk kelas orang lain...

cikgu yang berada di mejanya sedang menanda kehadiran pelajar sambil-sambil mencatat nama pelajar yang tidak ada di dalam kelas...tiba-tiba sahaja cikgu ana bertanya kepada budak yang sibuk nak masuk kelas ana tu..."kamu dari kelas ini ke?"....
budak tu jawab.."ya"....cikgu ana tanya lagi..."betul ke?"
cikgu ana mula meragui budak itu.sebab setahu cikgu dia dari kelas lain...untuk tidak meragui, cikgu bertanya kepada kawan budak tu yang di mana rakannya tu kawan sekelas ana...
"ha kamu,betul ke dia kelas ni?"...kawan ana jawab.."ye dia dari kelas ni"...cikgu tanya dengan budak yang sebelah kawan ana tu.."betul ke dia kelas ni?"...jawapan yang sama di berikan...

Keraguan cikgu ana semakin menebal...
cikgu ana ni bangsa cina..jadi nak lebih penjelasan dia tanya dengan budak cina yang duduk di belakang ana...
cikgu mula bertanya kepada kawan cina ana ni...
"betul ke dia kelas ni?"...kawan cina ana terdiam seketika.Matanya memandang ke arah budak yang bukan kelas ana tu...selepas tu dia mengangguk mengatakan yer...tapi jawapan dia sudah cukup untuk cikgu syak bahawa dia tidak jujur....

Namun kesemua jawapan yang di berikan oleh kawan ana tu telah menyebabkan cikgu ana tidak percaya dan akhirnya cikgu dapat tahu juga.Cikgu ana menyuruh budak tu keluar dari kelas ana dan masuk kelas dia sendiri.

Sedikit sebanyak macam itulah kisahnya..

Nak cakap di sini..dimana perginya kejujuran di dalam hati??kalau benda yang macam tu pun takut nak tegakkan,macam mana kejujuran yang akan datang??

Kita lihat juga sistem pendidikkan yang diterapkan pada masa kini yang dimana sistem pendidikan sekular yang menjadi asas kepada pembentukan moral seseorang itu.Kalau sistem itu dari sistem yang bukan dari hukum yang di perintahkan oleh Allah,maka wujudlah insan-insan yang rosak yang kita dapat lihat pada hari ini.Realiti yang ana dapat ceritakan adalah seperti tidak menghormati cikgu.. yang bercakap pun kasar sehinggakan cikgu takut untuk menegur murid sendiri.

Bila cikgu menegur kesalahan yang dilakukan,mulalah nak tunjuk kuat.. baling kerusi,tunjuk aksi yang lucah dan perkara yang tidak menunjukkan insan itu berakhlak mulia.

Subhanallah..subhanallah..

Amat sedih apabila yang di perintah oleh Allah di tinggalkan.Bagaimana dengan ayat ini..

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah (berzikir dan selalu ingat perintah dan larangan Allah.”(TQS al-Ahzab [33]:21)

“Pada hari ini, telah Kusempurnakan bagimu agama kamu dan telah Kucukupkan nikmatKu kepada kamu dan telah Kuredhai Islam itu menjadi agama untuk kamu.”(TQS al-Mai'dah [5]:3)

Wahai sahabatku!!!!

Mana perginya insan seperti Umar bin al-Khttab??
Mana perginya insan seperti Ali bin Abi Talib??
di mana..di mana...di mana??

No comments:

Post a Comment