Situasi ini ana alami dengan penuh kesabaran dan kekentalan dalam mengatakan yang hak di mata insan yang bergelar rakan di sekolah.Hanya mereka yang mengatakan bahawa hukum Syarak yang meninggikan kemuliaan seseorang wanita itu dan bukan dengan penampilan dan kecantikan yang di paparkan di mata dunia sekular pada hari ini.
Bagaimana Islam memandang seseorang wanita itu??
Wahai muslimah sekalian...
Allah telah memberikan peraturan-paraturan kepada kita dengan begitu terperinci.Peraturan Islam adalah peraturan yang apabila kita memahaminya dengan betul adalah peraturan yang memuaskan akal setiap insan yang di ciptakan oleh-Nya.Islam tidak memandang seseorang wanita itu melalui paras rupa atau hartanya atau penampilannya.Namun Islam memandang wanita itu melalui ketakwaannya kepada Allah.
Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian adalah orang yang paling bertakwa.
(QS Al-Hujurat[49]:13)
مَنۡ عَمِلَ صَـٰلِحً۬ا مِّن ذَڪَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤۡمِنٌ۬ فَلَنُحۡيِيَنَّهُ ۥ حَيَوٰةً۬ طَيِّبَةً۬
Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik.
(QS Al-Nahl[16]:97)
Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik.
(QS Al-Nahl[16]:97)
Islam melindungi Wanita!!
Allah telah menyediakan kepada wanita serangkap hukum yang dimana apabila seseorang wanita itu melakukannya,dia tidak akan merasa gelisah malahan merasa aman dan tenteram.Firman Allah S.W.T...
No comments:
Post a Comment