Friday, August 13, 2010

Menolong kakak di bulan Ramadhan.


Assalamualaikum sahabat sekalian.Ingin ana kongsikan perjalanan ringkas hidup ana sewaktu berada di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan yang Maha Esa.

Pada bulan Ramadhan tahun ini, buat kali pertama ana ditugaskan untuk membantu kak long menjaga anaknya yang dimana anaknya itu adalah anak saudara ana sementara kaklong berniaga di bazar Ramadhan yang tidak jauh dari rumah bagi meningkatkan pendapatan kaklong di bulan ini yang seperti kita tahu bahawa dunia hari ini adalah situasi yang di mana sangat mencengkam.Yang kaya semakin kaya yang miskin semakin miskin.Itulah realiti hidup pada hari ini yang hidup berlandaskan sistem sekular

Apa-apa pun,ana membantu kaklong dengan hati yang tenang dan dapat bermain dengan anak saudara ana yang manja lagi comel.Alhamdulillah semenjak uminya berniaga di bazar Ramadhan,si kecil ini tidak banyak buat perangai.Bukan ke seorang Muslim itu adalah pembantu pada Muslim yang lain...
Allah selalu menolong orang selama orang itu selalu menolong saudaranya(semuslim). (HR Ahmad)

Semoga Ramadhan tahun ini kita dapat membina kesatuan Umat Islam atas dasar akidah yang satu iaitu akidah Islamiyah.

Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya seumpama bangunan saling menguatkan satu dengan yang lain.(Kemudian Rasulullah S.A.W merapatkan jari-jari tangan beliau). (Mutafaq'alaih)

Kekuatan di sertakan kepada jama'ah.Barangsiapa menyimpang(serong dan memisahkan diri) maka dia menyimpang menuju neraka.
(HR Attirmidzi)

Agar Ramadhan kali ini penuh permakna buat diri yang bergelar Umat Islam.


3 comments:

  1. Assalamualaikum ya ukhti..

    Apa khabar?

    Best ya menjaga si kecil? Semoga segala usaha antum diberkati Allah..

    Kirim salam kepada si kecil manja comel dan family ya..

    ReplyDelete
  2. wassalam WM..
    alhamdulillah sihat...
    insyAllah akan ana kirimkan salam ukhti pada si kecil manja itu..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ya ukhti, nama ana tidak dimasukkan juga eh???

    ReplyDelete