fuhhh...siap juga akhirnya.
Walaupun peluh membasahi diri,namun semangat kerjasama yang diberikan oleh adik dan kakak ana akhirnya berjaya juga aktiviti gotong-royong mengemas rumah bersama keluaraga di jalankan.Alhamdulillah...
Lega hati apabila tempat yang kita menginap kelihatan bersih dan tenang.Setiap Muslim itu wajib menjaga kebersihan sama ada kawasan rumah,tempat awam,tempat khusus dan apatah lagi menjaga kebersihan diri.Kebersihan itu separuh daripada iman.
Sesungguhnya Allah baik dan menyukai kebaikan,bersih dan menyukai kebersihan,murah hati dan suka kepada kemurahan hati,dermawan dan suka kepada kedermawanan.Kerana itu bersihkanlah halaman rumahmu dan jangan meniru-niru orang-orang Yahudi.
(HR Attirmidzi).
Oleh itu wahai kaum Muslim,sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang menjaga kebersihan.Dengan kebersihan kita dapat memupuk akhlak yang terpuji.(HR Attirmidzi).
Salam perjuangan wahai sahabatku.
No comments:
Post a Comment