Persaudaraan sesama akidah adalah persaudaraan yang sangat kuat berbanding persaudaraan sesama keturunan.Tidak ada persaudaraan di antara mukmin dengan kafir.
Ukhwah Islam lebih kuat daripada persaudaraan nasab.Persaudaraan mengikut keturunan boleh terputus di sebabkan berlainan akidah.Ukhwah Islam tidak mengira warna kulit,bangsa,keturunan, dan yang menyatukan mereka adalah disebabkan satu akidah iaitu akidah Islam.
Islam Menolak Semangat Nasionalisme(Assabiyyah)
Islam mewajipkan umatnya bersatu dengan akidah Islam sebagai landasan kesatuan mereka.Islam menolak setiap pemahaman selain akidah Islam.
Rasulullah Bersabda:
Tidak termasuk golongan kami orang yang menyerukan assabiyyah,yang berperang kerana assabiyyah,dan yang mati kerana assabiyyah. (HR Abu Daud)
Nasionalisme adalah pemahaman yang menjadikan sesebuah bangsa itu sebagai dasar kesatuan.Pemahaman ini termasuk bahagian daripada seruan-seruan jahiliah.Nasionalisme menjadikan membelaan bangsa lebih tinggi berbanding pembelaan terhadaap Islam.
Kita Disatukan Dengan Satu Akidah
Mukmin dengan Mukmin lainnya dalam satu bengunan:sebahagian menguatkan sebahagian yang lainnya.
(HR.Bukhari,At-Tirmidzi,An-Nasa'i dan Ahmad)
(HR.Bukhari,At-Tirmidzi,An-Nasa'i dan Ahmad)
"Seorang Muslim adalah saudara Muslim yang lain,ia tidak akan menzaliminya dan tidak akan menyerahkannya kepada musuh.Barangsiapa berusaha memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya.Barangsiapa yang menghilangkan kesusahan dari seorang Muslim maka dengan hal itu Allah akan menghilangkan salah satu kesusahan dari sesusahan-kesusahan di hari kiamat.Barangsiapa yang menutupi aib seoarang Muslim maka Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat.(HR .Iman Bukhari dan Muslim)
Oleh itu wahai kaum Muslim,yang menyatukan kita adalah dengan satu akidah Islam dan bukannya atas dasar bangsa dan keturunan.Yang menjadi tunjang kekuatan kita sebagai Kaum Muslim adalah disebabkan ikatan akidah kita iaitu Islam.
No comments:
Post a Comment