Thursday, September 2, 2010

Semakin hari Semakin Menjadi-jadi...


Luluh hati apabila ramai manusia sibuk meraih pahala di bulan Ramadhan, ada juga segelintir 'manusia' yang tanpa segan silu melakukan 'aktiviti' maksiat tanpa menghiraukan orang di sekeliling.Ada juga yang apabila orang menegur, buat-buat tak tahu dan tak nak ambil tahu langsung.

Subhanallah..subhanallah..subhanallah..

Agak terkejut juga ana apabila yang bergelar rakan itu melakukan aktiviti yang tentunya menyakitkan hati bagi mereka yang berpegang teguh kepada suruhan agama yang di mana rakan ana itu meraba-raba antara satu sama lain lelaki dan perempuan di dalam kelas sewaktu guru sedang sibuk mengajar.Ana hanya mampu membenci perbuatan itu di dalam hati.Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa sedihnya hati apabila melihat perbuatan terkutuk itu.

Tidak takutkah kalian akan azab Allah??
Tidak takutkah kalian ayat-ayat Allah??

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
(TQS Al-Baqarah[2]:208)


Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(TQS An-Nisa[4]:56)

Islam telah menetapkan hukum pergaulan di antara lelaki dan wanita dan apabila kedua-dua insan ini mengikutinya sudah tentu dapat merasai bahawa manisnya hukum yang telah di ciptakan oleh Allah kepada setiap hambanya.

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.
(TQS An-Nur[24]:30-31)

Wahai sahabatku...renungkanlah firman Allah:

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.
(TQS Al-Ahzab[33]:36)


Jadi sahabatku,tiada alasan untuk kita tidak mahu memahami ayat-ayat Allah dan jangan kita jadi manusia yang sombong dan tak mahu menerima nasihat.

Sesungguhnya agama itu nasihat,bagi Allah,Rasul dan Kaum Muslim.
(HR.Al-Bukhari)


Hayatilah dan terapkanlah hukum yang telah Allah perintahkan kepada kita dalam kehidupan sehari-hari...










No comments:

Post a Comment