Sunday, October 31, 2010

Amar Ma'ruf Nahi Mungkar Tanggungjawab Semua Kaum Muslim..

Di sini ana ingin berkongsi kepada sahabat sekalian beberapa dalil dan hadist yang mewajibkan kita sebagai umat Islam untuk peka dengan gejala-gejala maksiat dan sekali gus menjadikan kita umat Islam yang sentiasa melakuakn amar ma'ruf nahi mungkar yang telah di perintahkan oleh Allah S.W.T.

Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran,hendakalah dia mengubahnya dengan tangannya,jika tidak mampu,hendaklah dia mengubah dengan lisannya,jika tidak mampu,hendaklahdia mengubahnya dengan hatinya.Sesunggunhnya itu adalah selemah-lemah iman.
(HR Ahmad,Muslim,Abu Daud,At-Tirmizi,An-Nasa'i dan Ibnu Majah)

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)
(TQS Ali-Imran[3]:110)


Perumpamaan orang-orang yang mencegah berbuat maksiat dan yang melanggarnya adalah seperti kaum yang menumpang kapal.Sebahagian dari mereka berada di atas dan yang lain berada di bahagian bawah.Jika orang-orang yang berada di di bawah memerlukan air,mereka harus memberitahu orang yang berada di atasnya.Lalu mereka berkata,"Andai sahaja kami melubangkan(kapal) pada bahagian kami,tentu kami tidak menyusahkan orang-orang yang berada di atas kami."Jika orang-orang yang berada di atas membiarkannya,padahal mereka memerlukannya,akan binasalah seluruhnya.Namun,jika mereka mencegahnya,akan selamatlah semuanya".
(HR Al-Bukhari)

Realiti yang kebanyakan berlakukan di kalangan masyarakat pada hari ini adalah mereka tak nak ambil tahu langsung masalah yang di hadapi oleh mereka yang berada di sekeliling dan dengan itu ada wujudnya ungkapan "engkau jangan nak masuk campur urusan aku,selesaikan dulu urusan engkau".Amat sedih melihat situasi ini yang di tanam dalam diri mereka masalah mereka, mereka uruskan sendiri dan ini berlaku di sebabkan oleh mereka diterapkan dengan sistem sekular yang di mana hanya mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan orang lain.

Sahabatku,bagaimana pula dengan hadist yang berbunyi:

Barangsiapa tidak memperhatikan(mempedulikan) urusan kaum Muslim maka dia bukan termasuk di mereka.
(HR Bukhari)

Dan kita perlu memahami bahawa apa yang kita tahu,kita perlu sampaikan.Sabda Rasulullah:

Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.
(HR Al-Bukhari)

Selagi kita di landasan kebenaran,selagi itulah kita jangan berdiam diri dalam menegakkan kebenaran dalam rangkan menyelamatkan umat daripada kemaksiatan yang telah mereka lakukan.Apa yang kita tahu,kita sampaikan.

Adakah kita mahukan sesuatu yang di luar jangka kita berlaku dahulu baru kita nak sedar seperti sabda Rasulullah:

Demi zat yang jiwaku berada dalam kekuasaan-Nya,kalian mesti melakukan amar ma'ruf nahi mungkar,atau Allah akan menurunkan dari sisi-Nya atas kalian hingga jika kalian berdoa maka Dia tidak akan memakbulkan doa kalian.
(HR At-Tirmizi)

Wahai sahabatku,bangunlah kalian daripada tidur lena yang membuatkan kalian lalai dengan tanggungjawab kalian sebagai hamba Allah.Jangan jadikan diri kalian terus menerus inginkan kebebasan bertingkah laku yang tiada langsung kebaikan yang kalian dapat dan akan mengundang kemurkaan Allah kerana kalian mengamalkan sistem yang saat ini mengagungkan hak kebebasan bertingkah laku pada setiap individu tanpa menghiraukan hukum Syarak dan akan menyebabkan kalian sentisa bergelumang dengan dosa-dosa yang bukan semakin hari semakin berkurang malahan akan bertambah kerana kalian mengambil hukum bukan daripada Allah tetapi mengambil hukum yang hanya berdasarkan akal dan hawa nafsu kalian semata-mata.

Sahabatku,kalian perlu bangkit dalam menegakkan kebenaran agar segala kemaksiatan yang berlaku di dunia saat ini terhapus InsyAllah denga tertegakkan Daulah KHILAFAH yang akan menjanjikan kemanisan sistem pelaksanaan syariat Allah dan akan wujudnyan rahmat seluruh alam.ALLAHUAKBAR!!!

Selamat berjuangan wahai sahabatku yang merindui penerapan syariah dan KHILAFAH.

1 comment:

  1. same2 kita mengelakkan perkara y ta baik.. nice blog :D

    ReplyDelete