Friday, December 24, 2010

Ad-Din An-Nashihah (Agama itu Nasihat)

Nabi saw bersabda,"Agama itu nasihat".Kami (para sahabat)bertanya,"untuk siapa?"Nabi saw menjawab:"untuk Allah,Kitab-Nya,Rasul-Nya,para pemimpin kaum muslim dan untuk kaum muslim secara umum."
(HR Muslim,Abu Dawud,An-Nasa'i)



Nasihat yang pertama di tujukan oleh:

1)Allah
Bererti mengimani Allah swt dengan penuh makna seperti mentauhidkan Allah secara rububiyah,uluhiyah,asma wa sifat dan hakimiyah.Taat kepadanya atas dasar cinta yang menghimpun harapan dan rasa takut dengan menjalankan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya turut berjihad di jalan-Nya dan sebagainya.

2) Kitab-Nya
Mengimaninya sebagai kalamullah dan mengamalkan segala isinya,mengagungkannya,membacakannya dengan betul,khusuk saat membacanya,membelanya daripada orang-orang yang mengotorkannya dan memalingkannya atau memutar-balikkan maknanya,mempelajari dan memahami isi kandungannya serta mengajar dan memahamkannya kepada manusia yang lainnya.

3)Rasul-Nya
mengimani kenabian dan risalah Beliau,membenarkan apa sahaja yang beliau bawa,mentaati perintah dan larangan Beliau,membela Beliau,mengambil,mengikuti,mempelajari,memahami,menghidupkan dan menyebarkan sunnah Beliau,memenuhi seruan,mencintai keluarga dan para sahabat dan sebagainya.

Nasihat yang kedua pula ditujukan kepada:

1) Pemimpin kaum muslim
Membantu dalam menegakkan kebenaran,mentaati dalam hal ma'ruf,memberitahu kebenaran sewaktu mereka dalam kealpaan,menyampaikan hak-hak kaum mukmin,amar ma'ruf nahi mungkar , membetulkan sewaktu mereka salah,membantu dan mendorongnya untuk mewujudkan penghambaan hanya kepada Allah dan menjauhi syirik dalam hal rububiyah,uluhiyah,asma wa sifat dan hakimiyah Allah,berjihad di belakangnya dan sebagainya.

2) Kaum muslim
Menunjukkan mereka kepada kebaikan dan kemaslahatan mereka di dunia dan di akhirat,tolong-menolong dalam ketakwaan bukan dalam kemaksiatan,menutup aurat dan aib mereka,menunaikan hak-hak mereka,tidak menzalimi dan tidak menipu mereka,tidak memakan harta mereka secara zalim,menyukai untuk mereka apa yang disukai untuk diri sendiri dan membenci untuk mereka apa yang dibenci untuk diri sendiri serta mendorong untuk menunaikan nasihat di atas dan sebagainya.

Hak muslim terhadap muslim yang lain ada enam..(antaranya)apabila ia meminta nasihatmu maka nasihatlah dia.(HR Muslim)

1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt
    Dgn rendah diri saya cuba mencetuskan kefahaman dr hadis tersebut. Adakalanya nasihat itu mmmg nasihat (advise) dan adakalanya nasihat itu ikhlas (sincere).Adapun nasihat yg dimaksudkan dlm hadis tsbt adalah ikhlas. Surah AlBaiyyinah:5 وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ kita amati perkataan nasiha, nusuha dlm Surah AtTahrim:8يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ تُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ تَوۡبَةً۬ نَّصُوحًا bermakna ikhlas.
    Dlm petikan tafsir AlQurthubi dlm ayat ini( وَرُوِيَ عَنْ عُمَر وَابْن مَسْعُود وَأُبَيّ بْن كَعْب وَمُعَاذ بْن جَبَل رَضِيَ اللَّه عَنْهُمْ . وَرَفَعَهُ مُعَاذ إِلَى النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ . وَقَالَ قَتَادَة : النَّصُوح الصَّادِقَة النَّاصِحَة . وَقِيلَ الْخَالِصَة ; يُقَال : نَصَحَ أَيْ أَخْلَصَ لَهُ الْقَوْل) . menyatakan diriwayat dari Umar dan ibnu Masud dan dari Abbi bin Ka`ba dan Mua`az bin Jabal radhiayallahu anhum, bahawa Mua`az mengambil kpd Nabi SAW, Qatada telah berkata,`Annasuuh itu adalah `yg sebenar2`nasihat dan dikatakan juga `alikhlas` iaitu ikhlas baginya.
    Kita perlu rujuk kembali pada AlQuran dan hadis utk menerangkan maksud hadis diatas. Sebabnya dlm Surah AzZumar:28قُرۡءَانًا عَرَبِيًّا غَيۡرَ ذِى عِوَجٍ۬ لَّعَلَّهُمۡ يَتَّقُونَ Iaitu Al-Quran yang berbahasa Arab, yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang bengkok supaya mereka bertakwa.
    Oleh itu agama itu nasihat (ikhlas) kpd Allah, KitabNya, RasulNya, para pemimpin kaum muslimin dan sekalian kaum muslimin amnya` Wallahualam
    p/s W/b/mana pun ini adalah pembelajaran saya.

    ReplyDelete