Solat tahajjud adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam setelah mengerjakan solat isyak dan sebelum solat subuh.Tetapi waktu yang paling utama untuk dilaksanakan solat tahajjud adalah sepertiga malam yang terakhir iaitu dari pukul 3.00 pagi sehingga sebelum masuk solat subuh.
Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadhan adalah puasa(Sunat)pada bulan Allah iaitu bulan Muharram.Sedangkan solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam(Tahajjud)
(HR Muslim)
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah"solat tahajjud"padanya,sebagai solat tambahan bagimu;semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
(TQS Al-Isra'[17]:79)
Solat tahajjud lebih utama dilakukan pada sepertiga malam terakhir.Sabda Raasulullah SAW:
Rabb kita Tabaraka wa ta'ala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam yang terakhir.Allah berfirman:Siapa yang berdoa kepada-Ku,nescaya Aku akan mengabulkannya;siapa yang meminta kepada-Ku,nescaya Aku akan memberinya;siapa yang memohon ampun kepada-Ku,nescaya Aku akan mengampunkannya.
(HR Al-Bukhari)
Saat yang paling dekat Allah dan hamba-Nya adalah pada tengah malam terakhir,apabila kamu boleh menjadi sebahagian daripada mereka yang mengingati Allah pada saat itu maka lakukanlah.
(HR Imam Al-Tirmidzi)
Pada solat malam inilah segala pengaduan kita yang perit mahupun gembira kita dengan Allah sahaja yang mengetahui.Pada waktu ini jugalah ketenangan yang paling nikmat kita dapat perolehi.
Bagi mereka yang bergelar pengemban dakwah khususnya,lakukalah qiamullail agar dapat mewujudkan lagi kekuatan dalam menegakkan agama Allah.InsyAllah
Syukran atas perkongsian.. Mungkin boleh dikongsi dengan sebuah kisah.
ReplyDeletePahlawan Islam, Salahuddin al-Ayyubi dengan perasaan Islami dan pemahamannya yang mendalam tentang Islam menyedari bahawa solat malam adalah salah satu faktor untuk meraih kemenangan atas musuh. Bagi pahlawan Islam terulung ini, solat malamlah senjata paling ampuh bagi memerangi musuh Allah dan Rasul.
Kerana itu, Salahuddin al-Ayyubi sering berjalan melawati setiap khemah di malam hari. Andai ada di antara khemah-khemah itu, tidak ada yang mengerjakan solat malam di dalamnya, Salahuddin akan segera membangunkan dan memarahi mereka dengan berkata, "Aku khuwatir kita diserang musuh malam ini dari khemah ini!" Salahuddin berbuat demikian kerana baginya, tidak bersolat malam ialah celah yang lebih berbahaya berbanding dengan celah pada benteng yang membolehkan musuh menyerang dari celah tersebut.
Wallahu a'lam.
Assalamualaikum wbt
ReplyDeleteDlm keadaan skrg, dimana maksiat telah berleluasa dan sistem tidak menjaminkan maruah hidup kita, tiada lagi yg dpt dilakukan selain memohon pertolongan Allah SWT dg bertaqarrub kpdnya kerana Dialah yg lebih hampir pada diri kita sendiri.(Surah AlQaf:16وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ وَنَعۡلَمُ مَا تُوَسۡوِسُ بِهِۦ نَفۡسُهُ ۥۖ وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنۡ حَبۡلِ ٱلۡوَرِيدِ Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,
Ketika manusia tengah tidur lena keletihan bekerja disiang hari, maka ketika itulah masa yg sesuai utk kita memohon pertolungan Allah. Dialah wali dan penolong kita menghadapi kesukaran menjalankan perkataan dan perintahNya yg berat (Surah AlMuzammil:5-6إِنَّا سَنُلۡقِى عَلَيۡكَ قَوۡلاً۬ ثَقِيلاً (٥) إِنَّ نَاشِئَةَ ٱلَّيۡلِ هِىَ أَشَدُّ وَطۡـًٔ۬ا وَأَقۡوَمُ قِيلاً Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. (5) Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat [untuk khusyu’] dan bacaan di waktu itu lebih berkesan.
Utk menghadapi persediaan tugas disiang hari, kita mesti menguatkan diri dgn kekuatan ruh dari Allah iaitu AlQuran (Surah AsSyura:52وَكَذَٲلِكَ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ رُوحً۬ا مِّنۡ أَمۡرِنَاۚ مَا كُنتَ تَدۡرِى مَا ٱلۡكِتَـٰبُ وَلَا ٱلۡإِيمَـٰنُ وَلَـٰكِن جَعَلۡنَـٰهُ نُورً۬ا نَّہۡدِى بِهِۦ مَن نَّشَآءُ مِنۡ عِبَادِنَاۚ وَإِنَّكَ لَتَہۡدِىٓ إِلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬ Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu [Al Qur’an] dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab [Al Qur’an] dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Qur’an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.
Kekuatan ruh inilah yg mampu menggegarkan dunia Islam sehingga ke pelusuk benua Afrika, merentasi benua Eropah di Sepanyol dan melebar ke Asia. Subhanallah
perkongsian yang berguna menjadi pegangan..
ReplyDeletesyukran!!