Sunday, March 27, 2011

Sistem Kapitalisme menyebabkan Rakyat menderita...

Sebuah perkongsian yang jelas lagi nyata di dunia kapitalisme...
rakyat menderita,hidup melarat...

Dalam kita memperjuangkan fikrah ini, kadang beberapa kisah nyata Allah hadirkan depan mata. Di sini, saya cuba nak kongsi betapa keperitan yang dilalui oleh salah seorang warga 1Malaysia yang membuatkan saya termenung sekejap tadi.
 
Selesai membeli minuman yang sedap, iaitu koktel dan jus epal buat pemenuh nafsu nak minum tadi saya masuk ke bilik pejabat. Baru menghirup seteguk dua ada orang mengetuk pintu bilik. Seorang remaja lelaki meminta sumbangan sambil menghulurkan fail dokumen kes dan kad pengenalannya. Saya memandangnya dan memandang dokumen tu. Adakah ini kes-kes seperti yang banyak saya temui di jalan-jalan atau kedai-kedai...
 
Saya mempelawanya masuk atas sebab banyak dokumen di dalam failnya itu meyakinkan saya akan kesahihan kata-katanya. Dalam dokumen tu ada keratan harian metro gambar ibu bapanya dan dua orang adiknya yang cacat memohon sumbangan orang ramai. Juga dokumen-dokumen perubatan dan surat-menyurat pihak hospital. Saya tak meragukan semua dokumen tersebut.
 
Kini, bapanya telah meninggal dunia. Ibunya juga turut pergi selepas terlibat kemalangan jalanraya setelah beberapa kita menggalas tugas sebagai ibu tunggal. Beliau dan dua orang adiknya dimasukkan ke sekolah anak yatim oleh ibunya (dahulu). Seorang lagi bersekolah asrama. Dua orang adiknya yang cacat itu (bisu, pekak, lumpuh dan jantung), seorang meninggal dunia selepas pembedahan jantung di HUSM. Seorang lagi masih menunggu di wad bedah IJN kerana tak cukup kos. Kerajaan ada menanggung jumlah tertentu untuk pembedahan tersebut tetapi masih belum cukup. Oleh itu beliau, dengan menaiki bas, pergi ke mana-mana untuk mengumpul sumbangan orang ramai. Malam tadi tidur di masjid UPM. Semalam dah 'menjelajah' UKM.
 
Saya sengaja bertanyakan kepadanya macam-macam perkara sebab saya melihat kisah benar di hadapan mata. Walaupun banyak kisah seumpama ini kita dah baca di dada akhbar. Allah menyayanginya atas ujian yang berat ini. Adiknya yang cacat itu sebelum ini dijaga oleh kakaknya yang berpenyakit mental. Tetapi selepas jatuh sakit, dia ditempatkan di hospital. Sebenarnya untuk dibedah. Ada juga mendapat bantuan JKM. Beliau (yang datang tadi) baru lepas SPM, dapat 3A. Diuruskan oleh seorang pensyarah UKM untuk dapat masuk Politeknik Kok Lanas, Kelantan bermula Ahad ini.
 
Yang membuatkan saya sedih adalah beliau, yang baru lepas SPM terpaksa menguruskan  semua keadaan itu seorang diri. Menaiki bas ke sana-sini. Demam pula. Datuknya telah tua. Saudara-mara tak pedulikan mereka. Orang susah melarat, yatim pula. Aduh. Apalah salahnya sepuluh ringgit seorang tiap bulan bantu anak yatim, dapat juga beli beras. Bantuan JKM tak seberapa dengan keperluan pelbagai tadi. Beliau sendiri dah tak mengisahkan apa keperluannya. Katanya, dia telah kehilangan ramai orang tanpa dapat bersama. Kali ini dia akan usahakan sesungguhnya.
 
Wahailah... Malaysia negaraku yang makmur.... Semoga budak lelaki tadi diberikan oleh Allah jalan keluar untuknya. Paling penting, imannya kental dalam menghadapi semua ini. Soalan saya padanya...solat tak? Solat katanya... wasta'inu bissobri wassolah. InsyaAllah khayr.
 
Semoga segeralah khilafah tertegak agar tiada orang yang terlantar tanpa pemerhatian pemimpin...

Selepas beliau pergi (dan setelah mendoakan saya dengan mengangkat tangannya serta air mata yang bergenang), saya memandang koktel dan jus epal tadi...manis sudah terasa tawar...
 
 

1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt
    Dlm ketiadaan Daulah, kita terpaksa mengakui bawa kita tidak mempunyai byk pilihan dan keistimewaan utk membantu mrk yg malang. Kesian mmg kesian sbb itu merupakan naluri manusia. Namunbegitu dlm Islam ada perbezaan diantara manusia dan kemanusiaan dimana kalau kita hendak membantu mestilah yg ada hubungan dgn Allah SWT. Surah AnNisa:1وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَ‌ۚ Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan [mempergunakan] nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain [2], dan [peliharalah] hubungan silaturahim. Perkataan وَٱلۡأَرۡحَامَ menunjukkan sifat belas kasihan mesti ada hubungan dengan Allah SWT krn mereka inilah yang akan mendukung perjuangan Islam, InsyaAllah. Dlm keadaan ketiadaan khilafah sejak jatuhnya Sultan Abd. Hamid II, khalifah yg terakhir menanda umat Islam dilanda oleh wabak `riddah` QS5:54 ) يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَن يَرۡتَدَّ مِنكُمۡ عَن دِينِهِ dan sentiasa dikelilingi oleh kesesatan dan dosa2 (QS2:81بَلَىٰ مَن كَسَبَ سَيِّئَةً۬ وَأَحَـٰطَتۡ بِهِۦ خَطِيٓـَٔتُهُ ۥ )sehingga tertegak kembali Daulah Islamiah. Persoalannya skrg, adakah kita benar2 mengikut AlQuran dan Hadis krn begitu ramai hizb yg mendakwa mrk mempunyai Uslub dakwah tersendiri. Tidakkah kalau kita pelajari AlQuran dan Sirah Rasulullah saw bersungguh2 bahawa kita dapati bahawa kita telah banyak mendahului perintahNya spt yg terdapat dlm Surah AlHujurat:1يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُقَدِّمُواْ بَيۡنَ يَدَىِ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ . Apatah lagi dlm keadaan, kita tidak berhati2 dlm ketiadaan Semua hak2 milik, bahawa manusia boleh lakukan apa saja termasuk memalsukan kebenaran dan menjahanamkan maruah seseorang dgn cara yg paling licik atau kejam! Wallahualam

    ReplyDelete