“Menamatkan Kepungan Terhadap Gaza Bukanlah Dengan Kecaman Dan Kunjungan Ke PBB Tetapi Dengan Menggerakkan Tentera Mengelilingi Entiti Yahudi Umpama Gelang Yang Mengelilingi Tangan”
Di atas bahtera yang meredah samudera, telah gugurlah sejumlah manusia. Dari pelbagai benua mereka datang untuk memecahkan kepungan ke atas Gaza dan menghulur bantuan kemanusiaan...mereka belayar di atas kapal-kapal dalam misi untuk meringankan kepungan ke atas orang-orang tua, wanita dan anak-anak...tindakan mereka ini disanjung oleh para pemerintah negara umat Islam. Para pemerintah ini bersorak keriangan dengan mengatakan bahawa mereka yang berada di atas kapal pembebasan untuk menghentikan kepungan ke atas Gaza adalah para pahlawan...Erdogan (Perdana Menteri Turki) adalah yang paling banyak melaungkan bahawa hari untuk memecahkan kepungan kian hampir, maka bergembiralah wahai Gaza!
Pada pagi 31 Mei 2010, entiti Yahudi mengerahkan tentera untuk menyerang kapal-kapal tersebut di tengah lautan. Ada yang terbunuh dan tercedera. Yang lain dibawa ke pelabuhan Usdud di tanah Palestin yang dirampas…lalu para pemimpin umat Islam dari kalangan bangsa Arab dan bukan Arab pun menyeru kepada Majlis Keselamatan PBB dan Liga Arab, mengecam negara Yahudi dan jenayah kejinya, mengutuk Yahudi yang melanggar undang-undang antarabangsa dan perairan antarabangsa, melaknatnya dengan semua kata-kata kasar. Ada yang menambah dengan mengatakan bahawa apa yang berlaku akan mengganggu proses damai!!
Wahai para pemimpin, dari yang paling banyak bersorak, kepada yang paling banyak menangis!! Wahai manusia!! Wahai mereka “yang mendengar suara”!! Wahai semua yang mempunyai hati, yang mampu mendengar dan yang menyaksikan!!
Sesungguhnya kaum wanita dan lelaki, baik tua atau muda, yang mempunyai pendengaran dan penglihatan, bahkan yang telah kehilangan keduanya…semuanya memahami dan mengetahui serta meyakini bahawa usaha untuk menghentikan kepungan terhadap Gaza dan menghancurkan entiti Yahudi hanya boleh dilakukan dengan menggerakkan para tentera mengelilingi entiti Yahudi itu, umpama gelang yang melingkari tangan – dengan para tentera yang bergerak pada waktu malam dan siang, mendatangi Yahudi dari arah yang tidak mereka sangka! Hanya dengan cara inilah yang akan dapat menghilangkan kepungan dan mengembalikan tanah (Palestin) kepada empunyanya (umat Islam). Dengan inilah Allah akan melegakan hati-hati orang-orang yang beriman. Firman Allah,
“Perangilah mereka dan Allah akan mengazab mereka dengan tangan-tangan kalian dan menghinakan mereka serta membantu kalian mengalahkan mereka dan Allah akan melegakan hati-hati kaum Mukminin” [TMQ at-Taubah (9):14].
Demi sesungguhnya, inilah satu-satunya jalan untuk melenyapkan entiti Yahudi dan memecah kepungan ke atas Gaza serta tebingnya dan wilayah-wilayah lain di hadapan dan belakangnya. Inilah satu-satunya jalan, dan tidak ada lagi jalan yang lain, wahai para pemimpin Arab yang mendakwa bahawa kamu berasal dari kaum bahasa Al-Qur’an, wahai para pemimpin Turki yang mendakwa bahawa kamu dari keluarga Uthman, wahai pemilik roket yang mendakwa bahawa kamu begitu kuat hingga kamu dapat melenyapkan ‘Israel’ dari peta dunia!! Di mana kamu sekarang ini wahai para pemimpin Iran dan para pemimpin Pakistan?! Mengapa kami hanya mendengar bunyi ulian tetapi kami tidak melihat tepungnya?! Atau semua ini hanyalah sebuah penyesatan dan pembodohan yang kamu lakukan ke atas umat Islam? Semoga Allah memerangi kamu di mana sekalipun kamu berada.
Inilah dia satu-satunya jalan wahai manusia! Mengapa masih dibincangkan lagi semua penyelesaian yang batil sedangkan penyelesaian yang lurus dan benar kalian tinggalkan?
Wahai para pemerintah umat Islam yang menyimpan para tentera di kem-kem mereka! Sesungguhnya kami dan orang-orang yang soleh menyaksikan bagaimana kamu mendakwa bahawa kamu melaknat negara Yahudi dan kamu mendakwa akan mengerah seluruh keupayaan untuk menghapuskan kepungan ke atas penduduk Gaza. Dan tangisan kamu terhadap mereka yang terkorban dan tercedera dalam kapal pembebasan, berkabungnya kamu sehari, dua hari atau lebih…sesungguhnya kami menyaksikan beserta orang-orang yang soleh…bahawa kamu sebenarnya berdusta!!
Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Hizbut Tahrir membangkitkan keazaman kalian dan menggerakkan aspirasi kalian. Bukankah sudah sampai masanya untuk kalian mengetahui bahawasanya sudah tiada penyelesaian lain selain menggerakkan bala tentera untuk memerangi Yahudi, serta mengumpulkan mereka yang berkemampuan sebagai tentera untuk tujuan tersebut? Sesungguhnya para tentera itu adalah anak-anak kalian. Mereka wajib bergerak untuk berperang tanpa merasa takut terhadap pemerintah atau orang yang zalim, bahkan menumbangkan mereka (pemerintah yang zalim) sekiranya mereka menghalang. Allah lebih berhak untuk ditakuti. Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Bukankah sudah sampai waktunya untuk kalian mengetahui bahawasanya perlu ada seorang pemimpin yang ikhlas lagi amanah, seorang Khalifah Rashidah, yang akan melawan musuh kalian, lalu ia mengulangi sejarah perjuangan Al-Faruq pembuka Al-Quds, sejarah Salahuddin pembebas Al-Quds serta sejarah Sultan Abdul Hamid pemelihara Al-Quds.
Bukankah sudah sampai waktunya untuk kalian menekan para pemerintah zalim yang sedang berpeluk tubuh agar mereka menggerakkan para tentera untuk berjihad? Bukankah telah sampai waktunya untuk hal tersebut kalian lakukan ataukah kalian rela menunggu azab yang akan menimpa kalian beserta orang-orang yang zalim??
Telah dikeluarkan (hadis sahih) oleh At-Tirmizi dari jalan Abu Bakar As-Siddiq. Ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya manusia itu jika melihat seorang yang zalim lalu tidak mencegahnya dikhuatiri Allah akan menimpakan ke atas mereka semuanya azab yang pedih”.
HIZBUT TAHRIR
17 Jamadil Akhir 1431H
السابع عشر من جمادى الثانية 1431هـ
31/5/2010م
No comments:
Post a Comment