Wednesday, October 27, 2010

Kita Umat yang Terbaik...

Assalamualaikum sahabat....

sudah lama jari-jemari ini tidak menaip.Rasa bagaikan sudah hilang daya untuk jari-jari ini melangkah di setiap huruf-huruf yang tersusun rapi di laptop ana.Apa-apapun akan ana teruskan juga demi menegakkan kebenaran...

Melihat realiti pada hari ini, isu yang dipaparkan oleh media massa mengenai pelbagai keadaan telah menjadikan kita agar perlu peka dengan realiti dan membuka minda untuk mengambil tahu masalah yang di hadapi pada dunia hari ini khususnya yang berkaitan dengan masalah umat Islam yang semakin hari semakin memeritkan hati untuk menghadapinya.

Dengan wujudnya permasalahan ini,kita sebagai umat Islam perlu bangkit berjuang untuk mengembalikan Kemuliaan Islam agar isu-isu yang berkaitan masalah global yang semakin barah dikalangan rakyat antabangsa tidak lagi menjadi berita panas yang hanya ingin menjatuhkan kesucian agama Islam.

Kita perlu menjadi umat yang mempedulikan masalah saudara seakidah kita agar ikatan akidah itu dapat diwujudkan dengan kesatuan kerana Allah

Barangsiapa tidak memperhatikan(mempedulikan) urusan kaum Muslim maka dia bukan termasuk di mereka.
(HR Bukhari)

Oleh itu wahai sahabatku sekalian kita perlu menghayati Firman Allah:

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)
(TQS Ali-Imran[3]:110)

Dari sudut pandangan mereka yang berfikir kearah kebenaran,tentu sekali menjadikan Al-Quran dan sunnah sebagai pengangan dalam hidup untuk mengatur hidup mereka kearah mendapat keredhaan Allah semata-mata.Kita sebagai umat Islam perlu sedar pada hari ini bahawa kita perlu mengubah umat yang rosak ke arah umat yang beriman kepada Allah dan dengan itu perintah yang menyuruh melakukan amar ma'ruf nahi mungkar adalah kewajipan kita semua dan bukannya untuk mereka yang berstatus 'ustaz' dan 'ustazah' semata-mata.

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari ...(gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.
(T QS.Al-Maaidah [5] : 67)

kita sebagai umat Islam jangan mudah terpesong dengan tali agama Islam.Dan benarlah Firman Allah:

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.
(TQS Al-Maidah[5]:3)

Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
(TQS Ali-Imran[3]:85)

Membenar firman-Nya bahawa hanya Islamlah agama yang selayaknya untuk kita anuti dalam kehidupan untuk menjamin kita di akhirat kelak.Buangkan kata-kata kalian yang mengatakan semua agama adalah sama.Itu telah terbukti salah dengan adanya firman Allah di atas.


Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu.
(TQS Al-Hujurat[49]:13)


Ingatlah sahabatku,sesunggunhnya Allah tidak melihat berapa banyak jumlah,tetapi Allah melihat adakah kita telah melakukan suruhan dari-Nya untuk mencegah kemungkaran dan menegakkan kebenaran.

Sama-samalah kita muhasabah diri dan bersungguh-sungguh dalam menegakkan kembali Kemulian Islam demi meraih keredhaan Allah.


3 comments:

  1. ukhti, tukar warna tulisan.. atau tukar background warna putih..

    ReplyDelete
  2. syukran ya ukhti..apa-apa pun ada yang membantu diri ini..

    ReplyDelete