Tuesday, November 23, 2010

Penulisan Seterusnya....

Setelah beberapa minggu tidak menaip di blog ini,oleh itu ana akan mulakan semula penulisan ana pada tengah malam ini.Ana ingin menceritakan sedikit tentang peranan seorang muslim terhadap muslim yang lain.



Seorang muslim pembantu muslim yang lain...
namun realiti hari ini tidak lagi dan hari sedikit sahaja yang menggambarkan disabdakan oleh Rasulullah:

Seorang mukmin terhadap mukmin yang lainnya seumpama bangunan saling meneguhkan satu dengan yang lain.(Kemudian Rasulullah ereapatkan jari-jari tangan beliau).
( Mutafaq'alaih)

Sebelum itu sahabatku,orang paling terdekat yang perlu kita perhatikan adalah jiran disebelah rumah kita adakah mereka dalam keadaan baik atau sebaliknya.Seperti sabda Rasulullah:

Tidak beriman kepadaku orang yang bermalam dengan kenyang sementara jirannya lapar padahal dia mengetahui hal itu.
(HR Al-Bazzar)

Islam telah menetapkan kewajipan seorang khalifah dalam memenuhi keperluan setiap rakyatnya..

Hukum-hakam Islam di dalam sistem Islam itu sendiri yang wajib diberikan kepada setiap individu rakyat sesuai dengan ketentuan syara’. Islam datang bukannya sekadar untuk mengisi kekosongan dalam sebuah sistem kufur.

Islam juga datang bukannya untuk sekadar mengisi kekosongan atau menampal kecacatan dalam sebuah sistem buatan manusia, tetapi Islam itu adalah datang sebagai sebuah sistem yang teragung yang berdiri sendiri serta sebagai penyelesaian yang sempurna dan menyeluruh untuk semua golongan manusia.

Dan semua sistem atau penyelesaian ini diambil dari apa yang telah ditunjukkan atau dipraktikkan oleh Rasulullah dan Khulafa’ Rasyidin semasa mereka memerintah Daulah Islam.

Sahabatku,disini ingin ana memberi sedikit nasihat dan sama-sama kita memprektikkan dalam kehidupan kita sehari-hari

Barangsiapa membela saudaranya saat tidak ada di dekatnya,maka Allah akan membelanya di dunia dan akhirat
(HR Imam Asyi syihab dari Anas bin Malik ra,dalam Musnad Asy Syuihab)

"Seorang muslim adalah saudara muslim yang lain,ia tidak akan menzalimi dan tidak akan menyerahkannya kepada musuh.Barangsiapa berusaha memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya.Barangsiapa yang menghilangkan kesusahan dari seorang muslim maka Allah akan menghilangkan salah satu kesusahannya dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat.Barangsiapa yang menutup aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di hari kiamat".
(HR Bukhari dan Muslim)

1 comment: