Alhamdulillah dapat juga ana menaip kembali untuk entry yang agak simple pada hari ini...
Sabda Rasulullah S.A.W:
Tuntutlah ilmu,sesungguhnya menuntut ilmu adalah pendekatan kita kepada ALLAH,dan mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sedekah.Sesungguhnya ilmu pengetahuan menempatkan orangnya dalam kedudukan terhormat dan mulia(tinggi).Ilmu pengetahuan adalah keindahan bagi ahlinya di dunia dan akhirat.
(HR Ar-Rabii')
Menuntut ilmu wajib atas setiap muslim(baik muslimin mahupun muslimah)
(HR Ibnu Majah)
Assalamualaikum wbt
ReplyDeleteMembaca itu membentuk keperibadian. Namun begitu, dengan umur dan pencapaian ilmu manusia yang terbatas, adalah agak mustahil kita mempelajari kesemua kalimah dan nikmat2 Allah SWT di dunia ini. Surah Luqman:27وَلَوۡ أَنَّمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ مِن شَجَرَةٍ أَقۡلَـٰمٌ۬ وَٱلۡبَحۡرُ يَمُدُّهُ ۥ مِنۢ بَعۡدِهِۦ سَبۡعَةُ أَبۡحُرٍ۬ مَّا نَفِدَتۡ كَلِمَـٰتُ ٱللَّهِۗ Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis.
Allah SWT Yang Maha Mengetahui akan batas kemampuan manusia telah mengajar Nabi Adam a.s. kalimah Allah yang cukup utk keperluan sebagai manusia apabila turun dimuka bumi. Surah AlBaqaarah:31وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلۡأَسۡمَآءَ كُلَّهَا Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya.
Mengikut mufassirin dari Ibnu Katsir dan AlQurthubi bahawa maksud kesemua nama2 itu adalah terbatas pada keperluan manusia yang istiqomah sahaja. Tidakkah manusia itu cukup dgn AlQuran dan Hadis sebagai sumber rujukan kearah petunjuk. Surah AlAnkaabut:51أَوَلَمۡ يَكۡفِهِمۡ أَنَّآ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡڪِتَـٰبَ يُتۡلَىٰ عَلَيۡهِمۡۚ (Patutkah mereka meminta mukjizat-mukjizat yang lain?) tidakkah cukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan kepadamu Al-Quran yang dibacakan kepada mereka?
Begitu juga seperti kata2 Ibnu Taimiyah dalam Usul Tafsirnya muka surat 86,`Dan daripada mereka itu, ada ketika mereka memperindahkan pengajaran dengan kisah2 dan menyelitkan bida`ah pada perkataanNya dan lebih ramai manusia tidak mengetahui. Wallahualam.
Thanks sudi berusaha menyampaikan kebaikan dan juga pada komen di atas..
ReplyDelete:)