Wednesday, November 30, 2011

Pantun:Si Penipu KAPITALIS!!!!!!

Keberadaannya nampak cantik dan berkilau di mata masyarakat duniawi kini,
yang setiap langkah yang diatur  penuh 1001 kemanisan penipuan,
dikata ok,rakyat kata ok,
menyesal tak sudah,semuanya musnah.

Mengaut keuntungan tujuan yang 'mulia'
mengatakan untuk kekayaan dunia,
setiap kata-kata mereka ada manfaatnya
agar masyarakat terima padahnya.

sering ditipu oleh pengkhianat sistem dunia,
yang menjanjikan berbagai ganjaran oleh mereka,
tangan di dagu,sering tertipu,
agar menyesal tak sudah-sudah.

Mungkin diri kurang bijak mengatur,
dalam urusan dunia dan  juga akhirat,
harta dunia sering mengajak terus jadi kaya,
agar diri sentiasa alpa.

Sistem kapitalis si pemusnah bangsa,
menjadikan manusia sering terleka,
urusan dunia dikejar-kejar,
akhirat kelak ditinggalkan bersahaja...

Bank-bank yang tersergam indah
menjadi tumpuan dunia ,
hasil lembaga usaha yang datang daripada 'anak keturunan' peradaban Barat,
yang disangka penolong pembangunan tamadun masyarakat,
kemewahan hidup menjadi asas pembangunan ekonomi dunia,
namun yang ternyata keburukan yang terdapat,
bank adalah anak kesayangn sistem ekonomi kapitalisme 
yang mengajar manusia mengaut keuntung dunia sebanyak-banyak yang mungkin.

4 comments:

  1. nice try, sis..

    Boleh edit lagi bagi cantik..
    perkataan2 superbb.. cuma susunan ayat agak kelam kabut..ada ulangan perkataan.. so, boleh tukar guna kata sinonim..

    sila gilap bakat terpendam anda ya..

    Syabas!!

    ReplyDelete