Monday, December 12, 2011

Berbagai ujian..


UJIAN....
"Dan kami menguji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan.Dan hanya kepada Kamilah kalian dikembalikan"(TQS Al-Anbiya[21]:35)

kesusahan ujian,
keseornokan ujian,
ini adalah sunnatullah,
yang mengajar agar terus berjaya mengharunginya.

mereka yang berjaya menghadapinya..insyAllah syurga menanti,
namun yang berkeluh dan merungut,
hanya Allah yang mengetahui kemana ia akan pergi..

Ujian adalah sunnatullah,
sentiasa ada tak kira rupa,
senang ada ujian,
susah ada ujian,
ujian sentiasa bersama kita.

ujian datang silih berganting,
tiada mati.tiada pergi,
selamat datang,selamat pergi,
bagi mereka yang bijak mengatasi.

Ujian datang berbagai rupa dan gaya,
ada seronok,ada duka..
ada sedih,ada tertawa..
namun itu semua adalah ujian hidup,
bagi mereka yang bergelar manusia.

Angin sentiasa meniup,
segar apabila dinikmati dengan kesyukuran,
namun jangan lupa,
hakikat kehidupan yang sebenar.

Bangunlah dari lena yang berpanjangan,
sedar dari kayangan,
yang perlu diketepikan,
bagi seorang insan yang dipertanggungjawabkan.

Ujian datang tanpa diminta dan tanpa dicari,
kekayaan ujian,
kemiskinan ujian,
Jangan fikir KAU senang bukan UJIAN,
Jangan fikir KAU kaya bukan UJIAN,
Jangan fikir KAU harta setinggi gunung bukan UJIAN,
dan itu semua adalah ujian,
kalau KAU mengetahui hakikat yang sebenar.

Ujian...
Jangan kata kau miskin,KAU boleh berputus asa,
Jangan fikir KAU miskin, KAU boleh berdiam diri,
Jangan fikir KAU miskin,KAU tak perlu bergerak berkerja,
dan jika kau tahu...
itu adalah cabaran untuk kau mengatasi ujian itu,
jika KAU mengerti hakikat hidup ini.

Kalau KAU tak mahu ujian...
Penyelesaianya adalah..........
Jangan hidup!!!!!



No comments:

Post a Comment