mereka disatukan
dengan satu akidah,
satu peraturan,
satu perasaan,
dan satu pemikiran.
Atas ikatan yang mulia itu,
mereka berdiri menyahut seruan mulia,
yang menjadikan mereka terus melangkah menuju kemuliaan itu.
Disaat manusia yang lainnya terpuruk dalam lembah kekufuran,
mereka datang mengubah kemungkaran ,
disaat seluruh manusia terjatuh di hentap atap kemunafikan,
mereka datang menggerak tubuh yang longlai,
disaat api jahiliyah nyala marak di gerbang pintu dunia,
mereka datang memadam api pemusnah agama .
Mereka bermacam gaya,
Mereka berlainan bangsa,
Mereka berbeza budaya,
Mereka jumlahnya sedikit,
namun,
mereka yang hadir ditengah umat manusia,
membawa kalimat haq untuk ditinggikan,
untuk di muliakan,
walaupun umat masih leka dibuai kemanisan dunia.
Membenar sabda Rasulullah saw:
"Islam datang pertama kali dalam keadaan asing dan akanb kembali asing sebagaimana mulanya,maka berbahagialah orang-orang yang terasing".
Di saat umat bergelut dengan gelutan sekularisme,
Di saat umat dihumban menjadi hamba kapitalisme,
Di saat umat hilang makna hakiki sebuah kehidupan,
Di saat umat hilang sebuah tamadun kebangkitan....
Sang Ghuraba menggapai capaian umat yang lesu,
mereka mengubah suasa dunia,
yang dulunya gelap gulita,
kini semakin nampak makna cahaya Sang Pencipta.
Membenar Firman-Nya:
Sesungguhnya
Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan
harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga,
(disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka
ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah)
sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam
(Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang
lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah
dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah
bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
(TQS At-Taubah[9]:111)
golongan guhraba mmg diperlukan.biarla mereka nampak asing tp sentiasa bw panji agama
ReplyDeletebenar jalanrock ...(agak unik nama)
ReplyDelete