Diusung kelembutan jiwa,
tangkas mengorak langkah,
untuk menggapai tujuan yang mulia,
menuju ke taman syurga.
Di bibir manisnya,
terpapar makna yang murni,
tiada erti penat dan payah,
walau diri perit menanti.
Terukir sebuah pancaran senyuman,
yang dihulur buat suami dan anak-anak,
tidak pernah mengadu lelah,
sehingga diri bersujud menghadap ilahi.
Langkahnya menuju tugasan mulia,
walau berjam perjalanan lamanya,
walau ada mulut yang menggatal,
mengeluarkan makna sinis,
ditepis dengan penuh hikmah,
tiada ungkapan sinis yang di hiraukan,
oleh manusia yang kecundang.
Disaat tangisan malam si anak kecil,
dia bingkas bangun mendodoi manja,
walaupun terasa diri payah.
Semua itu diatur bijaksana,
tanpa rungutan yang mendesing,
tanpa keluhan yang perih,
tanpa ada makna yang perit.
Langkah demi langkah di atur teguh,
walau ada manusia yang mengeluh,
dia tampil menghulur kebenaran ilahi,
walau manusia tidak meyakini.
Kemulia ingin digapai,
mardhatillah digenggam erat,
buat kehidupan akhirat,
bersama keluarga yang dibina sakinah.
Dia seorang pendakwah,
dia seorang wanita,
dia seorang isteri,
dia juga seorang ibu.
Genggamannya menggegar dunia,
dia penggerak generasi unggul belia,
yang layak digilap teguh,
buat ummah yang gemuruh.
Baginda bersabda yang dihulurkan buat wanita solehah,
wanita solehah yang bidadari cemburu padanya,
kerana ketakwaannya kepada Sang pencipta,
Buat tauladan kepada ummah.
"Dunia ini adalah perhiasan,dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah"
No comments:
Post a Comment