Tuesday, February 7, 2012

Sabar.



Keluh kesah membalut diri,
yang bergelar manusia duniawi,
hati sesak ingin digali,
buat diri yang memahami.

Hidup penuh pengertian yang sukar difahami,
mengajar diri agar fasih mendiri,
untuk tujuan yang penuh hakiki,
agar diri tidak mengeluh menghayati.

Kesabaran datang untuk menjulang diri,
agar sentiasa teguh dengan pendirian diri,
buat yang diperintah tanpa rungut di hati,
hidup ini insyAllah diberkati.

Sabar separuh daripada iman dan keyakinan seluruh keimanan.[HR Athabrani dan Al-Baihaqi]

Sabar itu kekuatan yang teragung,
buat diri yang merasa teguh,
jangan disangka itu perkara keruh,
kerna sabar separuh keimana dalam sanubari.

Sabar sukar dikecapi,
bagi diri yang amarah menuruti,
bukan mudah untuk menjauhi,
kerna dia pergi buat diri yang fasih menghapus di dalam diri.

Jangan mudah terhasut dek ujian diri,
kerna yang memerhati sentisa disekeliling diri,
diri yang berjaya menunggu untuk hari esok,
agar diri tidak sesal dikemudian hari.

Alhamdulillah buat diri yang yakin dengan janji,
kerana ada ganjaran yang menanti,
buat mereka yang gelarkan diri SABAR dipatuhi.

Ada tiga perkara yang termasuk pusaka kebajikan,iaitu merahsiakan keluhan,merahsiakan musibah dan merahsiakan sedekah[HR At.habrani]


1 comment: