Sunday, September 16, 2012

Kebangkitan Sebenar Hanya Dengan Islam !!

Disaat ini dan ketika ini,
Di merata pelusuk dunia,
laungan sebuah kemulian bergema,
menuju kehidupan yang menjadi Rahmat seluruh alam,
mereka sedar itu kerana hidup penuh dengan sebuah penipuan,
mereka sedar kerana mereka hanya hidup dalam sebuah kehinaan,
mereka sedar itu kerana hidup ini penuh dengan kezaliman,
Dan kerana itu,
mereka bangkit menuju Kemuliaan yang hakiki!!

Saat pengkhianat-pengkhianat umat,
bersuka ria melahap kemewahan,
 suara-suara  mereka yang menyahut kalimah mulia,
sebuah kalimah yang memecah suasana mahligai terkutuk pemimpin dunia,
kalimah itu adalah...
LAILAHAILLAH MUHAMMADURASULULLAH.

Tantangan peluru-peluru kejam disana-sini,
tidak dihirau walau menusuk diri,
langkah terus di atur penuh strategik,
menuju jalan syurgawi,
yang dijanji buat pencinta Illahi.

Kebangkitan hakiki hanya milik mereka yang memahami,
pemikiran diasah sebuah ideologi,
 dibangun berlandaskan perintah Illahi,
tiada yang menentang,
tiada yang menagkis.
hanya mengharap Rahmat yang Maha Pengasih.

Serangkap takbir,
disahut segunung permata,
yang dijanji buat yang semangat mulia,
suka cabaran,
walau ada yang ditinggal,
tapi,
yang  ingin diraih sebuah keampuanan oleh yang Maha Esa.

Allah tuhan yang satu,
dipegang erat buat kehidupan akhirat,
tidak lelah dikala kesuraman,
yang digenggam bara sebuah kemenangan.

Telah berjanji saat diri ditiup roh manusiawi,
hanya Allah yang layak disembah buat diri,
tinggal segala yang dilarang oleh Illahi,
menuju kehadapan,
mengejar sebuah cahaya kebenaran,
yang dijanji untuk diri yang mentaati.

Menyahut kebangkitan yang dinanti,
untuk yang sedar nyawa sebagai taruhan dihadapan Illahi,
Hanya KHILAFAH penyelamat umat ini.

ALLAHUAKBAR!!!

“Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah iaitu Nabi-nabi, para siddiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah kurnia dari Allah dan Allah cukup mengetahui” [An-Nisa’ (4):69-70].



Ya Allah,saksikanlah umat ini telah bangkit menyahut seruanMu,
untuk dilaksanakan dalam kehidupan yang telah Engkau siapkan
buat hamba-hambaMu yang soleh.





No comments:

Post a Comment