Wednesday, May 30, 2012

yang memahami.....



Membenar Firman-Nya:
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)[TQM Fussilat(41):33]


saat diri diangkat tinggi oleh Maha Pencipta,

ungkapan mulia cair di perdengar,

yang layak menyahut seruan yang bertebar,
di pelusuk dunia yang mencabar.

saat manusia luluh terpesong akidahnya,
ada insan-insan yang mulia dipamer menjadi tauladan bersama,
setiap insan itu,ada sahaja berbagai gaya dan istimewanya.

:::dari melimpah kemewahan yang diberi oleh-Nya,
dia memilih untuk hidup sederhana apa adanya.
dia di beri gelaran ABU DARDA'.
Ada kata-katanya yang berbunyi:
"jangan kalian makan,kecuali yang baik,
jangan kalian usahakan kecuali yang baik,
jangan kalian masuk ke rumahmu,kecuali yang baik..."
seorang budiman dan ahli hikmat yang luar biasa.:::

:::Ada kata yang  menjadi penguat iman di dada,
 yang terungkap begini caranya:

"Di antara manusia ada yang menentang,baik dengan hati mahupun tangan serta lisannya..maka merekalah yang benar-benar menerima yang haq.Dan di antara mereka ada yang menentang dengan hati dan lisannya tanpa disertakan tangannya,maka golongan ini telah meninggalkan suatu cabang dari yang haq.Dan ada pula yang menentang dengan hatinya tanpa tangan dan lisannya,maka golongan ini telah meninggalkan dua cabang yang haq.Dan ada juga yang tidak menentang dengan hati,lisan dan tangannya,maka golongan ini seperti mayat-mayat yang hidup".


di adalah HUZAIFAH IBNU YAMAN,
seteru kemunafikan,kawan keterbukaan.:::


:::Abu Amr nama gelaran yang diberi oleh Rasulullah,
saat diri diberi kata-kata buat ruh yang hendak pergi,
kata-kata penyejuk dan menenteramkan diri,
dia pergi dengan panggilan berita yang gembira dihati,
yang apabila ada ungkapan berkata:
"setiap kali kami menggali tanah,tercium bau kasturi sampai ke liang lahatnya"

Ya Rabb,
Insan yang mulia yang dikhabarkan oleh Allah,
apabila Arasy Allah bergetar saat pulangnya SAAD BIN MU'AZ!!!!
kebahagiaan bagimu wahai Abu Amr.:::


:::Dia salah seorang penghimpun kitab suci Al-Quran,
yang menjadi orang kepercayaan Rasululllah,
untuk memikul amanah yang teragung,
buat insan redhaNya yang dicari.

"demi Allah,seandainya mereka memintaku untuk memindahkan gunung dari tempatnya,
akan lebih mudah ku rasa dari perintah mereka menghimpun Al- Quran.."

subhanalllah.....insan ini diberi nama ZAID BIN TSABIT.:::


Subhanallah...

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.[TMQ At-Taubah(9):111]

Tauladan menjadi penguat diri,
agar setiap insan memahami,
hidup di dunia ini,
apa yang perlu diraih untuk diri???

tanya diri agar sentiasa menjadi insan yang mudah memahami,
meletakkan cinta yang tertinggi hanya untuk Illahi,
yang dipancar dalam Agama Allah yang Teragung ini.

1 comment: