kau bergembira tak terkata,
saat pentas penipuan menjadi taruhan,
kau keseronokan tak tertahan.
mana mungkin kau tidak merasa gelisah,
yang dipamer semuanya syok belaka,
tidak kurang yang lagak bak 'permata',
yang dirangkul,pada mata yang menipu manusia.
Eh dikau yang berlagak indah,
penampilanmu hanya penghias acara dunia,
hasilnya tak terkata hebat buat penggemar maksiat,
yang menjadi tayangan buat si nafsu menyengat.
Masih melakukan perkara yang dicengah,
sana-sini dibanteras masih tak mahu kalah,
yang takut pada pihak yang menganjur,
tapi tak gerun pada yang Maha Mengatur.
Eh dikau yang berlagak indah,
sang mata keranjang memerhati tak kesudah,
yang kau tayang langsung tiada berfaedah,
kesudahannya hampa sedih menjadi parah.
Menjadi mangsa eksploitasi tidak kisah,
yang penting kebebasan perperilaku diasah,
yang dididik oleh demokrasi sistem sampah,
akhirnya harapan kembali menjadi musnah.
Wahai yang indah bila tertutup hendaknya,
dikau mulia bilamana hijab menjadi santunan dalam hidupmu,
dikau mulia bilamana setiap langkahmu tunduk akur pada TuhanMu,
dikau mulia bilamana Islam menjadi amalan hidupmu.
Tidakkah kau melihat,
yang tertutup syar'i itu molek dipandang,
cantik untuk dipinang,
bijak laksana pejuang?
tidakkah kau perhatikan Firman Nya:
dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu
[Surah Al-Ahzab ayat 33]
Tidak mahukah kau berubah??
Iman didik buat diri yang memikir!!
Iman didik buat diri yang memikir!!
Ya Allah...apa yg d perkatakan adalah benar...perlu apa mngejar dunia yg hnya sementara?..sedangkan yg kekal cuma d akhirat sana..mengapa perlu takutkan akan manusia..yg sama tidak sempurna seperti kita...yg perlu kita takutkan adalah Sang pencipta..ingatlah wahai umat manusia...apakah tujuan kita hidup di dunia?..membenarlah kata firman NYA...
ReplyDelete(Adh-Dhāriyāt):56 - Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.