Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Mekah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah dia dari jalan yang betul.[Al-Mumtahanah(60):1]
Tolak si OBAMA pengganas no.1 di dunia,
langsung tidak direla kehadirannya,
tidak ada manfaat untuk semua,
tidak berguna pada dunia,
langsung di tolak jatuh terhina,
Dengan izin tuhan yang Maha Esa.
Tolak si OBAMA pembunuh umat manusia,
darah mengalir langsung di pandang gembira,
tubuh hancur apa dia kesah,
tiada manfaat siapa yang tidak mengikut perintahnya,
bunuh semua suka hati dia rasa.
Nauzubillah ya Rabbana.
Ya Rabb..Ya Rabb..Ya Rabb
Tolak si OBAMA penjajah negeri umat Islam seluruhnya,
langsung tiada malu mengaut segala yang kita punya,
dirobek-robek yang tidak berguna bagi dirinya,
dirampas dengan kemewahan yang bermaharajalela,
yang tinggal derita umat yang dizalimi sangat perit terasa.
Tolak si OBAMA pendukung Israel Laknatullah,
saling berganding mengikut telunjuk penghancur umat manusia,
diperintah ikut, tunduk dan patuh sekehendaknya,
segala agenda busuk diatur dengan bijaksana,
agar umat hancur keseronokan diraih dengan bermanis muka.
Ya Rabb..Ya Rabb..Ya Rabb
Imperialis pemusnah umat manusiawi,
tiada langsung kemanusian yang dibina pada diri,
terwujudnya dari kapitalis yang menjana ekonomi,
sumber-sumber kemewahan yang menggunung tak terkata tak terperi.
hancurnya demokrasi parah diri mereka yang mengikuti,
takut kononnya hidup tiada jaminan nanti,
namun,tak endahkah mereka mengikut perintah Allah jaminan syurga menanti??
Ya Rabb,
Kau saksikanlah,
Para Penguasa di negeri Umat Islam langsug tidak resah,
merelakan kehadiran si penjajah bermulut darah ,
tiada rasa bersalah,tiada rasa gelisah,
mereka akur dengan segala yang diikrar oleh lidah,
kerana inginkan hasil yang akan menghancurkan diri buat yang ingkar perintah.
Ya Rabb..kabulkanlah doa kami!
"Ya Allah, sesungguhnya kami letakkan Engkau di batang leher musuh-musuh kami, dan kami berlindung denganMU dari kejahatan mereka. Ya Allah, hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka! Kacau-bilaukan persatuan mereka! Cerai-beraikan pakatan mereka! Goncangkan pendirian mereka! Hantarkan ke atas mereka anjing-anjing Kamu! Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka, Wahai Tuhan Yang Maha Menyiksa, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Wahai Tuhan yang menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan yang menggerakkan awanan, wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Ahzab, kalahkanlah mereka, menangkanlah kami ke atas mereka…"
Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolonganMU, kami meminta ampun kepadaMU, kami memohon petunjuk dariMU, kami beriman kepadaMU, kami berserah kepadaMU dan kami memujiMU dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuriMU. Ya Allah, hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, bantulah saudara-saudara seIslam kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan. Ya Allah, selamatkanlah saudara seIslam kami yang dizalimi oleh kekejaman rejimkuffar dari segala keburukan dan hindarkanlah mereka segala bala, kerana tiada sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.Ya Rabb,Kau percepatkanlah tertegakNya KHILAFAH yang telah engkau janjikan pada lisan kekasihMu,Muhammad SAW. ..
Aamiin yarabbal a'lamin...
No comments:
Post a Comment