Tuesday, April 18, 2017

Tautan Hati Kami.

Hadirnya bukan satu kebetulan,
Bukan juga satu paksaan,
Hadirnya telah tertulis oleh yang Maha Kuasa,

Diatur dengan penuh hikmah,
Oleh insan2 yang hatinya penuh berkah,
Dalam ikatan ukhwah,
Dalam perjuang penegakkan khilafah.

Memberi salam umi sewaktu melangkah masuk bilikku,
menyatakan hasratnya kepadaku,adakah aku ingin bernikah...
tentu saja hati ingin,namun siapkah aku??
tanya aku pada umi:"umi rasa kakcik dah sesuai kahwin?"
umi jawab:"sesuai sangat dah cik (umi tersenyum gembira)

"...siapnya seseorang itu menuju pernikahan adalah sewaktu dia telah baligh,dan saat itu dia dah layak mempersiapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan tentang sebelum,seketika dan selepas perkahwinan yang bukan hanya seminggu dua,namun perkawinan yang dibina hingga ke syukrga..."

Berkenalan tidak perlu lama,
Tidak perlu berbalas guna media massa,
Cukup hanya perlu ada,insan yang menghubungkan perihal diri  kepada dia...

Masa berganti masa dan berganti hari,
Mendidik diri agar menjadi bakal isteri yang terbaik disisi dia dan Illahi,
Berdoa agar segalnya lancar dan mendapat RahmatNya,
Untuk menuju ke sebuah gerbang perkahwinan yang  indah dan penuh berkah.

Pada hari ini,aku dan dia disatukan dengan lafaz sakinah yang penuh berkah,
Disatukan dalam lafaz akad yang sah,
Berwalikan ayahanda yang tercinta,
Disaksikan oleh insan insan yang mulia hati mereka.

Pada walimah kami,
Sederhana tapi indah pengaturannya,
Dipisahkan wanita dan lelaki dalam majlis agar terhindar dari yang haram dan perkara yang tak diingini,
Moga walimah ini diberkati termasuk raja sehari(kami) dan hadirin yang hadir mendoakan Barakallah buat kami...

Alhamdulillh Ya Allah dengan ikatan suci ini..
Moga berkumpul kami di dunia dan syurgaMu kelak bersama-sama nanti...
Aamiin Ya Allah


No comments:

Post a Comment