Terpacaknya ia sebuah keagungan,
Berkibarnya ia menjunjung kemulian,
Menjulangnya ia merupakan sebuah kebanggaan,
Laungan takbir menuju sebuah kemenangan,
Juga kemenangan buat Umat Muslim dunia,
Tatkala bendera liwa rayah tertegak di tangan seorang Khalifah pilihan semua.
Kecintaan orang yang membawa bendera dan panji-panji Islam melebihi kecintaan orang yang sedang terpanah dengan cinta manusia,
Jangankan Para sahabat Rasulullah selalu berharap diri merekalah yang menjadi pembawa panji ini,
malah insan setelah mereka semangat membawa dan mengibarkannya.
Panji Islam laksana seorang panglima peperangan yang mengarahkan kepada dan membuat hati musuh-musuh Islam bergetar ketakutan,
Membuatkan segala tubuh musuh tak keruan malah resah gelisah,
Nak berlari tak mampu,nak berundur terpaku dan kaku.
Sungguh,
berbanggalah dengan liwa rayahmu,
Kerana darinya juga umat dimuliakan,
Kerana darinya juga kehormatan terpelihara,
Kerana darinya juga maruah Umat diangkat tinggi dimata dunia.
Tiada lagi sengketa,
Tiada lagi tipudaya,
Tiada lagi sengsara,
Tiada lagi derita.
Berlindung dibawahnya,
terasa sungguh menakjubkan,
Sungguh mengharukan,
Sungguh menggembirakan.
Kibarkan liwa rayahmu wahai saudara,
Jangan malu malah berbanggalah,
Sungguh panji agung itu adalah panji kita yang satu,
Panji sebuah kesatuan,
Panji sebuah kegemilangan,
Panji sebuah kemasyuran,
Panji sebuah kemengan.
Wahai sahabat,Berbanggalah...
Allahuakbar!!
No comments:
Post a Comment