Saturday, July 10, 2010

Abah ajar buat air soya...




Assalamualaikum sahabat semua...
ana nak kongsi cerita ana sikit bersama abah ana semasa di rumah.
Pagi tadi tepat jam 9:30 pagi ana di suruh oleh umi ana untuk pergi rumah nenek ana sebab umi ana ada lawatan di sekolah . So ana disuruh menjenguk nenek ana dan tolong-tolong ape yang patut untuk di tolong...hehe..
Ana berada di rumah nenek sampai pukul 12:05...
selepas itu ana balik rumah ana...rumah ana dekat aje dengan rumah nenek...jarak 2 buah rumah sampai la rumah ana..


Sampai rumah ana, ana diminta oleh abah untuk menolongnya buat air soya.
Kacang soya yang dah direndam oleh abah ana selama 3 jam sudah lembut...so ana di suruh untuk kisar kacang soya tu sampai menjadi sehalus-halusnya...
dah siap kisar ana di suruh untuk memerah kacang soya tu dengan penapis khas untuk kacang soya..hehe...

Lepas siap perah semua kacang soya tu ana di suruh untuk memasak kacang soya tu sampai mendidih ...waktu masak air kacang soya ni mesti kene jaga-jaga sebab air kacang soya ni mudah membuak kalau tak kacau...lepas dah mengelegak abah ana suruh tutup sementara abah ana pergi solat zuhur di masjid...

Lepas dah tutup ana sempat buat kerja rumah sikit sementara tunggu abah ana balik rumah...al maklumlah umi ana tak ada di rumah so ana lah yang tolong...

so inilah cerita yang agak menarik yang ana lalui pada hari ini sebab kali pertama buat air soya yang di ajar oleh abah tersayang dan hari ini juga adalah hari jadi abah ana yang ke 47.

Semoga usia abah diberkati dan diredhai Allah, dimurahkan rezeki, dipermudah segala urusan dan semoga sempat mengecapi kemuliaan yang dijanjikan, menang atau mati syahid. Semoga kita sempat hidup apabila Daulah Islam berdiri nanti demi melaksanakan kehidupan Islam. Allahu Akbar!!

Ape- ape pun hari ini aku lalui dengan hati yang tenang.

Nota : Ucapan hari lahir itu ana ambil dari sini.

1 comment:

  1. Assalaualikum wbt
    Baguslah kalau dah pandai membuat air kacang soya tetapi macamana nak hilang bau maung k/soya tersebut?
    InsyaAllah, samada sempat atau tidak adanya Daulah Islamiyyah, nanti,semuanya ternanti2. Tetapi apalah pula persediaan kita sebagai umat Islam krn kita sendiri adalah salah satu faktor penyumbang terbinanya Daulah tersebut.
    Wallahualam

    ReplyDelete