Sunday, January 30, 2011

Muslimah Penggerak Generasi Unggul

Muslimah itu bukan sahaja ibu pengatur rumah tangga tetapi muslimah juga penggerak generasi unggul yang bergerak berlandaskan penerapan Islam dalam kehidupan.

Ungkapan itu perlu ditanam dalam diri mereka yang bergelar muslimah khususnya.Kerana apa??
kerana daripada muslimahlah terbentuknya sebuah generasi yang mulia apabila diserukan kepada kebenaran Islam.InsyAllah.


Dalam kita mengajar generasi muda untuk turut berjuang menegakkan Islam secara kaffah di seluruh dunia,perlu kita teliti dahulu proses yang perlu kita lalui dalam kita mendakwahkan Islam.

Generasi muda khususnya lebih bersemangat apabila dakwah yang kita sampaikan bersesuainya dengan ukuran pemikiran mereka.Muslimah perlu pandai mengatur strategik dalam menyampaikan dakwah Isalam mengikut usia individu itu.

كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنڪَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ‌ۗ
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah
(TQS Ali-Imran[3]:110)

Kita hidup di dunia ini untuk merai redha Allah.Membuat apa yang Allah perintah dan meninggalkan apa yang Allah larang.



Dakwah adalah tanggungjawab semua kaum muslim.Menyampaikan dakwah Islam kearah kebangkitan semula sistem yang teragung iaitu KHILAFAH adalah suatu kewajipan.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
(TQS Muhammad[47]:7)

Muslimah juga perlu mengambil tahu masalah yang di hadapi oleh umat di dalam mahupun di luar negara/antabangsa.Sistem kapitalisme telah lama menampakkan kerosakan di dunia saat ini.Sistem kapitalisme telah lama menyengsarakan umat manusia.Saatnya seluruh kaum muslim berjuang menegakkan KHILAFAH yang merupakan janji Allah bagi orang-orang yang yakin.



ALLAHUAKBAR!!









2 comments: