Tuesday, July 9, 2013

Bila Hamba Bertanya..........

salam alaik wahai sahabat,
diri ini ingin menyampai soalan,
tiada kata hanya bertanya,
agar mudah memberi jawapan.

Maaf hamba bertanya,
Kenapa umat Islam teranianya?
bukankah kita umat yang satu?
yang telah dijanjikan Allah sebagai umat yang menyatu?

Maaf hamba bertanya,
Kenapa umat dihimpit kemiskinan?
bukankah bumi ini,bumi umat Islam penuh dan kaya dengan sumber anugerah Allah?
Membenar FirmanNya:
Katakanlah (wahai Muhammad): Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi (dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya). Dalam pada itu, segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah) dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak beriman
[TQS yunus(10):101]
kenapa masih ada yang kelaparan,tiada tempat berlindung,tiada pakaian,tiada kesihatan?

Maaf hamba Bertanya,
Kenapa negara kita diterapkan dengan sistem sekular,
sedangkan hukum Agong ciptaan Allah yang sungguh sempurna dibuang menjauh?
Sedangkan Allah telah menjanjikan syurga bagi hambaNya yang mengikut perintahnya,
tetapi kenapa neraka juga yang ingin dikejar oleh mereka?

Maaf hamba Bertanya,
kesengsaraan umat merata dunia,
tiada pembela,
tiada perlindungan,
ratapan,tangisan,pembunuhan,kezaliman telah terbiasa,
yang menjadi halwa mata mahu pun telinga,
buat mereka yang membisu tanpa sedikitpun huluran kemanuisaan.

Maaf hamba bertanya,
sedarkah kita dengan gelombang kezaliman ini,
yang memuncak saban hari,
penuh kemaksiatan kepada Illahi,
tiada gusar,tiada ngeri,
yang hanya diri tahu seronok sendiri.

Ingin hamba merungkai permasaalahan ini,
yang sentiasa membelenggu diri insani,
yang tahu tanggungjawab seorang muslim,
yang bahawasanya kita perlu menyebarkan Islam untuk dunia ini,
agar kemuliaan dinaungi buat umat seluruh bumi.

Membenar ya Rabbi:
Kalian adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf dan melarang yang mungkar dan beriman kepada Allah[
TQS Ali-Imran(3):110]




3 comments: